PENGENALAN


Anak adalah kurniaan Allah yang menjadi penyeri dan pengerat kasih sayang bagi setiap pasangan suami isteri. Anak-anak bukan sahaja membawa kebahagiaan tetapi turut menjadi tanggungjawab dan kadangkala cubaan kepada ibubapa. Selain memberikan penjagaan dan kasih sayang, adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan.

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan diseru / dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Darda' r.a.)